Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 31, 2025 23:59 MYT
Januari 31, 2025 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 31 Januari 2025.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak tertentu yang mempertikaikan usaha kerajaan dalam membantu membangunkan semula Gaza.
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tular melibatkan pelampung gelongsor air kaca yang tiba-tiba terjatuh dan menimpa seorang pengunjung di Sky City, Taman Tema I-City, Shah Alam, pada Rabu.
Seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengugut dan mempermainkan perasaan pelawak, Harith Iskander serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret pada Jumaat.
Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) berharap perintah gaji minimum baharu yang bermula esok dapat dilaksanakan dengan cara terbaik.
Malaysia memberi jaminan bahawa siasatan insiden tembakan membabitkan pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting akan dilakukan secara telus.
Penolong Ketua Staf Perkhidmatan Kakitangan, Datuk Mohd Nizam Jaffar dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-23, berkuat kuasa Jumaat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera lebih RM24 juta untuk membaiki infrastruktur yang terjejas akibat beberapa bencana di Sabah dan Sarawak ketika ini.
Pasukan penyelamat tidak boleh mengabaikan keselamatan diri ketika diarahkan untuk menyelamat dan memindahkan mangsa banjir di Sarawak.
Sembilan notis telah dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terhadap sebuah taman tema terkenal di bandar raya itu yang terkait dengan insiden seorang pengunjung cedera tertimpa pelampung permainan gelongsor air kaca yang terjatuh pada Rabu lepas.
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.