Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 30, 2025 23:59 MYT
Januari 30, 2025 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Januari 2025.
Polis Selangor sedang menyiasat kes penipuan melibatkan tawaran bantuan bagi menurunkan seksyen hukuman di mahkamah yang menyebabkan kerugian sebanyak RM95,180.
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menyindir pihak pengurusan kelab yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan pemain terutamanya isu membabitkan pembayaran gaji serta fasiliti pasukan.
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara, pada Rabu.
Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing menyifatkan banjir buruk yang menjejaskan beberapa kawasan di sekitar Bintulu disebabkan kelemahan sistem saliran serta kegagalan melaksanakan projek pendalaman dan pelebaran Sungai Sibiew.
Pihak badan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang mahu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir perlu menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan salah laku salah seorang ahli lembaga penasihatnya yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung baru-baru ini masih belum mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk beroperasi.
Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang bakal dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin.
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.