Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 28, 2025 23:59 MYT
Januari 28, 2025 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Januari 2025.
MetMalaysia memaklumkan Sarawak dijangka menerima hujan berterusan sehingga Khamis manakala Sabah sehingga Rabu (29 Jan).
Sebanyak 43 kampung yang terletak berhampiran 12 muara sungai di Terengganu berisiko dinaiki air susulan fenomena air pasang besar yang diramal bermula pada 9 malam ini hingga 30 Jan.
Jenazah Mohd Sofi Ismail dan isteri Zaimima Ismail dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 5.30 pagi.
Hakim menolak permohonan pembelaan yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf untuk melapangkan tarikh perbicaraan yang dijadualkan pada Februari dan Mac ini.
Rostam Shahrif Tami, 59, didakwa menerima rasuah berjumlah RM110,000 bagi kontrak berkaitan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE).
Kapal Salim Enam itu telah ditemukan terbalik oleh bot peronda agensi itu pada 6.30 pagi tadi.
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dalam satu episod podcast Keluar Sekejap.
Tempoh reman seorang lelaki yang ditahan selepas disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya, disambung tiga hari hingga Jumaat ini.
9. Proses dapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda di peringkat akhir- Rob Friend
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) kini dalam fasa akhir bagi mendapatkan pemain warisan dari Belanda, perkara itu telah disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend.
Selepas 44 tahun bergelar anak seni, penyanyi rock legenda tanah air Datuk Amy Search bakal muncul dengan konsert solo pertamanya 'Amy Search Magic' di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April ini.