Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 27, 2025 23:59 MYT
Januari 27, 2025 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Januari 2025.
Ketibaan Prabowo pada 10 pagi, disambut Seri Paduka Baginda.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kembali keistimewaan yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Alexander menyeru agar semua pengguna membuat persediaan sepenuhnya sebelum memulakan perjalanan.
Seramai 10 wakil daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) menyerahkan memorandum di Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini, meminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menaikkan harga lantai padai daripada RM1,300 per tan kepada RM1,800.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.1) kepada Presiden Indonesia Prabowo Subianto.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto sebagai seorang sahabat ketika susah dan senang.
Malaysia dan Indonesia akan terus sepakat meneroka aliran baharu perniagaan sektor minyak antara dua negara.
Polis akan memanggil semula saksi yang terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock dalam masa terdekat, susulan arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Nov untuk menyiasat semula semua aspek berkaitan kes tersebut.
Pemilik atau pengendali akaun Facebook Cecelia Yap Song KL yang didakwa menimbulkan kontroversi berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap agama Islam baru-baru ini tampil memohon maaf.
Pelakon Along Cham melakukan sujud syukur selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskannya (DNAA) daripada satu pertuduhan memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis ganja, Disember tahun lalu.