Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 26, 2025 23:59 MYT
Januari 26, 2025 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Januari 2025.
Polis menahan seorang lelaki disyaki membuat ancaman bunuh terhadap pelawak, Harith Iskander dan keluarganya baru-baru ini.
Lawatan negara pertama Presiden Prabowo Subianto minggu depan membawa makna yang sangat penting kepada hubungan dua hala Indonesia dan Malaysia serta kestabilan dan keselamatan ASEAN, kata Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono.
Kerajaan Selangor percaya penjawat awam yang terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah seperti yang dilaporkan baru-baru ini, bergerak dalam satu sindiket terancang.
Lapan mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir terlibat kemalangan jalan raya dalam perjalanan rehlah ke Port Said pada Sabtu.
Anggota kumpulan hip hop One Nation Emcees, Jojo, dilapor meninggal dunia pagi ini dipercayai akibat serangan jantung.
Pembatalan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bukan keputusan yang bersifat flip flop (berubah-ubah), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia Egypt (EME) sedang memantau rapi situasi membabitkan lapan pelajar Malaysia dari Universiti Al-Azhar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Port Said, Mesir.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja'afar berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Segamat, Johor, kira-kira pukul 6.55 pagi Ahad.
Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, selepas didakwa mengalami pendarahan serius setelah berkhatan beramai-ramai pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, prosedur keselamatan tersebut diambil susulan terdapat pertindihan tarikh dan waktu dengan kunjungan (penyerahan memorandum) 1,000 pesawah ke Putrajaya esok.