Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 24, 2025 23:59 MYT
Januari 24, 2025 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.
Seorang pelawak dan pelakon yang dipercayai membuat hantaran dalam akaun Facebooknya mengenai isu ham yang didakwa menghina agama Islam, telah dipanggil polis bagi membantu siasatan.
Kerajaan perlu menunaikan janji yang dibuat sebelum ini iaitu menghapuskan tol lebuh raya terlebih dahulu, bukannya memansuhkan inisiatif tol percuma sempena musim perayaan.
Sekretariat Rakyat Benci Rasuah (SRBR) memberi amaran kepada pemuda Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak membawa sebarang imej parti semasa menyertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah di ibu negara, Sabtu ini.
Mereka didakwa masing-masing atas tujuh pertuduhan menggunakan logo halal dan cap dagangan tanpa kelulusan, pada 366 unit sandwic pelbagai perisa.
Beliau hairan jika himpunan tersebut hanya mensasarkan era pentadbiran yang beliau baru pimpin selama dua tahun, sedangkan banyak kes-kes berprofil tinggi berlaku pada era sebelumnya.
Implikasi kewangan yang ditanggung kerajaan bagi membayar balik pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM20.08 juta.
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.
Ujian asas fardu ain dan kelancaran bacaan al-Fatihah sebagai syarat wajib memasuki institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang lain.
emaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
Ketua jabatan termasuk ketua setiausaha (KSU) kementerian yang gagal dalam Sistem Penilaian Prestasi Demerit (DEEP) bakal berdepan tindakan tatatertib lebih tegas termasuk sekatan gaji tahunan, kenaikan pangkat dan dipindah ke jabatan lain.