Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 22, 2025 23:58 MYT
Januari 22, 2025 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Januari 2025.
Mereka didakwa dengan niat bersama telah secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet Sdn Bhd
Malaysia tidak boleh masih memiliki undang-undang lapuk bagi menangani banyak cabaran baharu yang muncul, terutamanya dalam mengharungi arus kemajuan pesat teknologi.
Mereka disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu bagi memperoleh tuntutan Elaun Latihan berjumlah kira-kira RM26,000.
Chia Muy Hoong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya bayi lelaki asuhannya berusia sembilan bulan sehingga meninggal dunia.
Beliau tidak bertanyakan mengenai keaslian surat-surat berkaitan derma daripada Arab Saudi kerana beliau menganggap dokumen itu adalah tulen.
Susulan itu, lima suspek berusia 19 hingga 53 tahun termasuk anak saudara salah seorang mangsa berjaya diberkas polis.
Datuk Suboh Md Yassin, 74, berkata beliau menandatangani cek kosong tersebut selepas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC Nik Faisal Ariff Kamil memaklumkan kepadanya bahawa itu adalah arahan daripada 'pihak atas'.
Terengganu menjadi negeri paling pantas ketika ini dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding tiga negeri lain apabila telah mencapai tahap kemajuan 90 peratus.
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ).
Pengerusi dan Pengasas MyAqsa Foundation Suwardi Yaacob berkata bukti-bukti berkenaan dikumpulkan dengan kerjasama penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023.