Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 21, 2025 23:58 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Januari 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Januari 2025.
1. Hanya duta dijemput ke majlis angkat sumpah Trump - Nazri Aziz
Majlis angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47, Donald Trump hanya diwakili oleh duta bukan pemimpin utama mana-mana negara, kata Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
2. 60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks
Sebanyak 60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah menjalani pemeriksaan pap smear bagi saringan kanser serviks berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019.
3. Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Kilometer (KM) 199 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Sitiawan, malam tadi.
4. Serah portfolio urusan padi, beras kepada NACCOL - MP Bukit Gantang
Beliau menyatakan hasrat untuk mengambil tanggungjawab menyelesaikan isu padi dan beras yang sudah berlarutan lebih dua tahun.
5. Op Ladang: AGC setuju dakwa bekas pengurus besar NAFAS - Azam Baki
Seorang bekas pengurus besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan dijangka dihadapkan ke mahkamah hujung bulan ini, berhubung kes rasuah membabitkan bekalan baja padi.
6. Polis terima tiga laporan terhadap Harith Iskander
Laporan juga melibatkan pemilik akaun Facebook di bawah nama Cecelia Yap Song KL yang didakwa memuat naik komen menghina agama Islam pada hantaran selebriti berkenaan.
7. Siasatan babit Tun Daim, isteri masih diteruskan - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih meneruskan siasatan membabitkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan isteri Toh Puan Naimah Abdul Khalid termasuk aspek pengesanan aset di luar negara.
8. Najib nafi tamatkan perkhidmatan Abdul Gani kerana siasatan 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara pada 2015 tiada kaitan dengan siasatan terhadap 1MDB.
9. Himpunan Rakyat Benci Rasuah: Polis sahkan terima notis 'tidak lengkap'
Notis berkenaan tidak lengkap kerana tidak disertakan dokumen persetujuan daripada pemilik atau penghuni lokasi perhimpunan seperti yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
10. Polis terima laporan kes simbah cat merah di kedai serbaneka UM
Difahamkan kejadian itu ada kaitan dengan isu penjualan produk sandwich ham dan keju yang mencetus kontroversi, baru-baru ini.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI #berita Malaysia
;