Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 20, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.
1. “Perbuatan mereka sangat kejam… sukar untuk saya maafkan” - Luahan isteri lelaki OKU dipukul di pasar tani
"Suami saya dipukul, disepak tanpa perikemanusiaan." Itu luahah Faridah Abdul Karim, isteri kepada lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman pada Jumaat lalu.
2. Pukul OKU: Lima suspek ditahan, beberapa individu dikesan bantu siasatan - Polis
Polis sedang melengkapkan siasatan berhubung kejadian pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman pada Jumaat.
3. Isu sandwic ham: Henti spekulasi, jangan beri tekanan - Armizan
Semua pihak dinasihat tidak mencetuskan spekulasi berhubung penjualan sandwic diragui status halal berlabel ‘ham and cheese’ yang dijual di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
4. ADUN Sungai Sibuga, Mohamad Hamsan Awang Supain meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga , Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain, 65, menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.20 malam tadi di Hospital Pakar KPJ Kota Kinabalu.
5. Anwar sertai WEF 2025 selepas 27 tahun, ini enam tugas penting Perdana Menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Davos, Switzerland bermula 20 hingga 22 Januari ini seiring dengan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
6. PM tekankan nilai kemanusiaan, kebersamaan rakyat di perantauan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan menghormati dan menjuarai nilai kemanusiaan dalam usaha membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang bertamadun dan berjaya pada masa hadapan.
7. Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - PM Anwar
Rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara perlu mempunyai hak yang sama untuk mengundi dalam pilihan raya, sama seperti mereka yang berada di tanah air, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8. Sze Fei-Nur Izzuddin disaran lebih selektif pilih kejohanan - Razif
Beregu nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani disaran supaya hanya mengambil bahagian dalam kejohanan peringkat tertinggi yang berstatus sekurang-kurangnya Super 750.
9. Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
abatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak, berhubung dakwaannya mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.
10. Penghantaran pulang warga Palestin sedang dimuktamadkan - Adly
Kementerian Pertahanan sedang memuktamadkan proses penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang sebelum ini dibawa ke Malaysia untuk menerima rawatan.
#berita pilihan #tempatan #Peguam Negara #OKU
;