Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 19, 2025 23:59 MYT
Januari 19, 2025 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Polis Johor sedang menyiasat gambar tular yang mendakwa anggota polis trafik meminta dan menerima wang di Tambak Johor pada Khamis (16 Jan) lepas.
Kementerian Pengangkutan akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membolehkan aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasikan dengan sistem mySIKAP bagi urusan transaksi yang lebih mudah, pantas dan selamat.
Malaysia akan meneruskan usaha untuk memastikan Timor Leste menjadi anggota penuh ASEAN.
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Beregu lelaki nombor satu negara itu mempamerkan aksi memukau ketika menewaskan lawan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, untuk bergelar juara Kejohanan Badminton Terbuka India.
Pesawat yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Brussels pada 2 petang (9 malam waktu Malaysia, Ahad) dari London, setelah menamatkan lawatan kerja beliau ke United Kingdom.
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung video dan gambar yang tular di media sosial mengenai replika naga yang dihiasi dengan bendera negara China dalam satu program perarakan di sekitar daerah Muar, semalam.
10. AISSE' 25: Lebih RM1.22b kerugian akibat jenayah siber, rentas sempadan dicatat pada 2024 – TKSU KDN
Jenayah melibatkan penipuan dalam talian di negara ini semakin membimbangkan apabila rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan peningkatan ketara dari segi jumlah laporan, dan kerugian pada 2024, berbanding tahun sebelumnya.