Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 17, 2025 23:57 MYT
Januari 17, 2025 23:57 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Januari 2025.
Tiga sekeluarga maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Limau Manis, Kampung Oren, di sini, awal pagi tadi.
Hujan berterusan sejak pagi punca berlaku tanah runtuh dan menyebabkan sebuah rumah inap desa ranap dalam kejadian di Kampung Cinta Mata, Kundasang, dekat sini pada Khamis.
Sebaik dipilih menyertai projek revolusi Harimau Malaya, Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan, Dr Craig Duncan telah menetapkan misi untuk menjadikan skuad kebangsaan sebagai pasukan paling cergas di Asia.
Arul Kanda Kandasamy mengaku di Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mengambil sebarang tindakan terhadap laporan negatif berhubung keadaan hal ehwal syarikat itu seperti yang dilaporkan media tempatan dan luar negara.
Bekas perdana menteri itu turut mengakui pernah mendapat peringatan daripada Pengerusi Kumpulan The Edge Media Tan Sri Tong Kooi Ong
Usaha itu akan membawa kepada kedamaian yang berterusan, pemberian bantuan dan pembinaan semula Gaza.
Polis menerima 31 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta setakat hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong pada 2.47 pagi tadi, menyebabkan laluan terhalang dan tidak dapat dilalui di kedua-dua arah.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini menafikan laporan media tempatan yang mendakwa fi hotel di negeri berkenaan akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada tahun ini.
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pemerdagangan manusia selepas menahan 14 warga asing, termasuk empat kanak-kanak, dalam operasi di Kampung Paya Lada, Ketereh, malam tadi.