Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 16, 2025 23:57 MYT
Januari 16, 2025 23:57 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Januari 2025.
Pertuduhan melibatkan penggunaan kedudukan untuk suapan dan penerimaan hasil daripada aktiviti haram oleh Muhyiddin ketika menjadi Perdana Menteri dan Presiden Bersatu.
Najib memberi keterangan sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan dakwaan menyeleweng RM2.3 bilion daripada 1MDB, menyatakan beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan telah bersemuka dengannya mengenai perkara itu.
Masih terdapat sebilangan daripada mereka yang tidak memakai cermin mata disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan seperti kekangan ekonomi.
Malaysia perlu menjadi antara lokasi penting yang berada dalam radar para pelabur dunia, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kes pengubahan wang haram membabitkan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penyiaran di Sarawak memasuki episod baharu apabila seorang bekas CEO syarikat berkenaan turut ditahan reman pagi Khamis.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak bertanya mengenai alasan dua juruaudit syarikat tersebut diberhentikan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan lawatan kerja hari kedua di London, United Kingdom (UK) dengan mengadakan sesi meja bulat kapten-kapten industri tempatan pada pagi Khamis, waktu tempatan.
Pensyarah Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau sedar buku "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah ditapis Perpustakaan Negara Malaysia dan tidak dikategorikan sebagai buku agama.
Seorang saksi dalam perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa mesej melalui WhatsApp antara pengadu dan pendakwah bebas itu yang telah dipadam, tidak dapat diperoleh semula.
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berjaya menumpaskan lima kes kartel pengeluar makanan ayam utama di Malaysia tahun lepas, dengan jumlah penalti kewangan sebanyak RM415.5 juta.