Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 15, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
1. Kuasa pengampunan Agong tiada had - Haniff Khatri
Kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong tiada hadnya dan tidak tertakluk kepada mana-mana undang-undang sedia ada mahu pun Akta Tahanan di Rumah yang sedang digubal kerajaan semasa.
2. Uzma Berhad cetus era baharu teknologi angkasa negara melalui pelancaran satelit UzmaSAT-1
Uzma Berhad melakar sejarah dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi pertama miliknya, UzmaSAT-1, pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California, menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX.
3. Remaja ditahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan kerana dipercayai memandu kereta tanpa lesen dan mengakibatkan kemalangan yang meragut lima nyawa di Jalan Stutong Baru, pada Selasa..
4. PM Anwar bertemu rakan sejawatan di London
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan lawatan kerja lima harinya ke United Kingdom (UK) dengan bertemu rakan sejawatan Keir Starmer pada Rabu.
5. Na'imah mohon rujuk persoalan undang-undang kes tidak isytihar harta
18 Feb depan ditetapkan untuk mahkamah memutuskan sama ada balu Tun Daim boleh merujuk persoalan undang-undang berkenaan pertuduhan yang dihadapi berpelembagaan atau sebaliknya.
6. Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Selain Jho Low, beliau juga bertemu dengan dua lelaki iaitu Khadem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy al Husseiny, yang kemudian dikaitkan dengan skandal 1MDB.
7. 'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
8. Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku di Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya Datuk Amhari Efendi Nazaruddin meninjau projek berpotensi menjana kekayaan, dalam satu lawatan ke China pada Jun 2016.
9. Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia telah memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, menurut Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini.
10. CCAM rayu sokongan orang ramai selamatkan nyawa 14 kanak-kanak kanser
Persatuan Kanser Kanak-Kanak Malaysia (CCAM) merayu kepada orang ramai untuk memberikan sokongan dengan segera bagi menyelamatkan nyawa 14 kanak-kanak yang kini sedang berjuang melawan kanser.
#berita pilihan #tempatan #Mahkamah Tinggi #Jho Low
;