Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 14, 2025 23:59 MYT
Januari 14, 2025 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Januari 2025..
Permohonan perintah larangan bersuara (gag order) bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan Titah Adendum yang mula disebut di Mahkamah Tinggi, tidak sepatutnya dilakukan.
Seramai 24 penumpang termasuk pemandu dan kelindan bas cedera dalam nahas membabitkan sebuah bas persiaran dan treler di Kilometer 158.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berdekatan dengan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Bakap, Pulau Pinang hari ini.
Seorang guru lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid perempuan Tahun 6, minggu lalu.
Tertuduh, Mohd Azhar Mohamad, 44 tahun,
perjanjian perdagangan bebas pertama dengan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) itu akan terus memacu pertumbuhan ekonomi dan perdagangan negara.
Kemalangan melibatkan tiga kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong menghala ke Jalan Lapangan Terbang Kuching, kira-kira 12.40 tengah hari tadi.
Bagaimanapun kesemua tertuduh tidak mengaku bersalah memiliki sejumlah 6,059 biji pil yaba sewaktu pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Pihak pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa menyeleweng RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menegaskan bekas Perdana Menteri itu telah membelanjakan jutaan ringgit daripada dana terbabit bagi meningkatkan imej demi kepentingan peribadinya.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan meningkatkan kerjasama bagi menangani cabaran dalam membanteras jenayah rasuah di peringkat serantau dan antarabangsa.
Kos pembaikan jalan akibat banjir ekoran Monsun Timur Laut (MTL) mencecah RM101.57 juta, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
SKUAD boling lelaki negara muncul juara dalam acara berpasukan Piala Dunia Boling Tenpin selepas menewaskan Puerto Rico 3-2, di Kowloon, Hong Kong.