Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 12, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Januari 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Januari 2025.
1. 150 pelatih sukarela lapor diri latihan percubaan PLKN 3.0
Proses pendaftaran bermula pada 7 hingga 11 pagi dan berlangsung dalam keadaan cuaca mendung.
2. 'Sebagai respons kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Tan Sri Kamaluddin menafikan dakwaan berhubung hasrat menggunakan kedudukan bapanya bagi mengaut kekayaan.
3. Polis sita 60 motosikal Op Samseng Jalanan
Polis menyita 60 motosikal dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
4. Kebakaran: KPT minta pelajar Malaysia di Los Angeles kemas kini butiran diri
Semua pelajar Malaysia yang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat digalak untuk mengemas kini butiran diri dan pengajian melalui sistem MyData@EducationMalaysia4U bagi memastikan capaian maklumat data yang tepat.
5. Rexy tegur sikap pemain perseorangan wanita merungut, beri alasan
Rexy berkata merungut dan memberi alasan antara masalah utama yang menghalang barisan pemain perseorangan wanita negara untuk mara lebih jauh dan muncul pemain handalan dunia.
6. Gelombang kedua banjir di Johor diramal hingga Sabtu - MB
Gelombang kedua banjir yang melanda Johor dijangka berlarutan hingga Sabtu depan, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
7. Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh lebih 5.0 peratus pada 2025 - Amir Hamzah
konomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan yang stabil melebihi 5.0 peratus pada 2025, disokong oleh pelaburan strategik, pengurusan fiskal yang kukuh dan daya tahan ekonomi, kata Kementerian Kewangan.
8. Mrs World 2024: Wakil Malaysia bakal gayakan 'Puteri Membara Malaysia'
Wakil Malaysia ke Mrs World 2024, Dr Shalini Devi Ramachandran bakal menggayakan kostum kebangsaan Puteri Membara Malaysia pada pertandingan itu yang akan berlangsung pada penghujung bulan ini di Las Vegas, Amerika Syarikat.
9. Konsert Pinkfish: Polis tunggu laporan toksikologi, rakam keterangan 50 individu
Polis masih menunggu laporan analisis toksikologi tujuh mangsa yang disyaki mengambil pil ekstasi semasa menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu.
10. Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor terus meningkat malam ini berbanding petang tadi manakala di Perak kekal.
#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI
;