Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 10, 2025 23:59 MYT
Januari 10, 2025 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Januari 2025.
Membenarkan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani tahanan rumah akan menimbulkan pertikaian mengenai hak layanan undang-undang sama-rata seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, diangkat selaku gandingan pertama negara kategori tersebut selepas terus mempamerkan persembahan terpuji selain menonjolkan prestasi konsisten sejak kembali digandingkan semula.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi 2024/2025 akan diagih bermula 13 Januari, Isnin ini.
Semua dokumen berkaitan kes antaranya laporan kimia dan cakera padat (CD) telah diserahkan kepada pihak pembelaan.
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu bahawa beliau tidak pasti siapa yang memberikan nombor akaun bank peribadinya untuk urusan kemasukan sumbangan daripada Arab Saudi.
Pihak polis sedang memperkemaskan kertas siasatan itu dan akan akan merujuk semula untuk arahan lanjut.
Polis sedang membuat pengesahan salinan asal sijil perkahwinan yang dikaitkan dengan dakwaan kes rogol melibatkan anak seorang menteri, seperti yang tular baru-baru ini.
Golongan belia perlu fokus terhadap usaha menangani isu-isu yang membebani rakyat dan melawan salah guna kuasa.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan lima individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah stesen penyiaran di Sarawak kerana disyaki menjalankan aktiviti jenayah pengubahan wang haram.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) sebagai urus setia kepada Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, mengesahkan bahawa tiada sebarang dokumen tambahan berkaitan permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak dalam fail atau rekod rasminya.