Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 8, 2025 23:58 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Januari 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Januari 2025.
1. Bumbung Axiata Arena bocor, PSM mohon maaf
Menurut kenyataan PSM, kebocoran itu berpunca daripada proses penggantian bumbung lama yang telah digunakan sejak 1998.
2. Polis terima 182 laporan terhadap Hannah Yeoh
Jumlah keseluruhan laporan adalah sebanyak 182 telah diterima dan sebanyak 59 rakaman percakapan telah direkodkan.
3. Lesen Layang-Layang Island Resort dibatalkan - MOTAC
MOTAC menyatakan, pihaknya memandang serius sebarang perlanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen.
4. Peniaga gerai mengaku hina Agong, didenda RM3,000
Tertuduh didakwa menerbitkan penerbitan menghasut apabila membuat satu hantaran di aplikasi X menerusi akaun Bitz @ zatocent miliknya.
5. Kerajaan tidak sorok Titah Adendum, berpandu proses di mahkamah - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, beliau sendiri tidak menerima atau dimaklumkan tentang dokumen tersebut.
6. Bicara 1MDB: "Saya bukan 'bapa' TIA, itu cetusan idea Sultan Mizan" - Najib
Bekas Perdana Menteri itu berkata, dakwaan Amhari ketika menjadi saksi pendakwaan kes 1Malaysia Development (1MDB) adalah mengarut dan tidak benar sama sekali.
7. Video TMM2026: Fokus untuk promosikan Malaysia, bukan sebaliknya
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing kesal dengan sikap sesetengah pihak yang mengaitkan video montaj pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) sebagai isu agama dan perkauman.
8. 1MDB: Najib akui kadangkala boleh buat silap
Walaupun berpengalaman luas dalam tadbir urus dan pendidikan berkualiti, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengakui di Mahkamah Tinggi bahawa beliau membuat keputusan mengenai langkah berkaitan kerajaan dengan penuh kesedaran, tetapi kadangkala boleh melakukan kesilapan.
9. Lelaki maut dengan empat kesan tembakan
Sebanyak empat kesan tembakan ditemui pada badan mangsa yang maut ditembak di hadapan sebuah kedai makan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada tengah hari Rabu.
10. Rasuah pemeriksaan kenderaan berat: 13 lagi pemeriksa kenderaan ditahan
Sebanyak 13 lagi pegawai pemeriksa kenderaan di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di ibu negara ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat.
#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI
;