Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 6, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.
1. Titah Adendum: Mahkamah benar rayuan semakan kehakiman Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding semakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah.
2. Titah Adendum: Kerajaan perlu mohon maaf kepada rakyat Malaysia - AJK Pas Pusat
Kerajaan perlu mengambil tanggungjawab memohon maaf kepada seluruh rakyat secara terbuka kerana menyembunyikan kewujudan Titah Adendum, kata AJK Pas Pusat Khairil Nizam Khirudin.
3. TMM 2026: Malaysia fokus pelancongan berimpak tinggi, mampan - Tiong
Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dilaksanakan dengan berteraskan dua tonggak utama iaitu Pelancongan Berimpak Tinggi dan Pelancongan Mampan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
4. Anggota JPJ bakal guna kamera badan, tingkat ketelusan penguatkuasaan - Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, inisiatif ini secara tidak langsung dapat mengelakkan anggota JPJ daripada dicemuh masyarakat kerana mereka mempunyai bukti ketika bertugas di lapangan.
5. Himpunan di Putrajaya: Polis buka kertas siasatan
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata beberapa individu turut akan dipanggil bagi dirakam keterangan untuk membantu siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
6. Mustahil Anwar tidak tahu kewujudan Titah Adendum - Hamzah
Adalah sesuatu yang mustahil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengetahui kewujudan titah tambahan yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 membabitkan isu tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
7. Titah Adendum: 'Jabatan Penjara tidak terima perintah benar Najib jalani tahanan di rumah'
Jabatan Penjara tidak pernah menerima sebarang perintah daripada Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya untuk membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki tempoh hukuman penjaranya di rumah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
8. Apa itu Titah Adendum, dan apa yang dijangka berlaku?
Hampir setahun lalu, rakyat dan pemerhati undang-undang 'belajar' istilah yang mungkin sebelum ini tidak pernah didengari iaitu Titah Adendum. Ia susulan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman selepas disabit bersalah dalam kes SRC International Sdn Bhd, dimaklumkan mengenai Titah Adendum melalui saluran boleh dipercayai.
9. Kepengerusian ASEAN: Kuala Lumpur, Putrajaya sudah sedia jadi tuan rumah mesyuarat utama
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah bersedia menjadi tuan rumah kepada kira-kira 180 mesyuarat utama yang dijadualkan berlangsung di kedua-dua lokasi itu sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
10. Titah Adendum: "Apakah reaksi dan tindakan lanjut UMNO?"- Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah membangkitkan beberapa persoalan susulan keputusan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung Titah Adendum.
#berita tempatan #berita pilihan #Titah Adendum #UMNO
;