Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 2, 2025 23:59 MYT
Januari 2, 2025 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Januari 2025.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dipercayai tersepit celah besi meja lipat di kediamannya di Taman Seri Putera, di sini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan mana-mana parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengesahkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dilucutkan jawatan sebagai sebagai pengarah bukan eksekutif di PBA Holdings Bhd (PBAHB).
Polis sedang memburu tiga individu termasuk dua lelaki warga asing yang dipercayai mengedarkan risalah agama Kristian secara terbuka di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak, di sini.
Kerajaan Negeri Kedah akan menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir termasuk yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) atas faktor tertentu pada November lepas.
Peratusan kehadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencecah 97 peratus setakat ini.
Stesen LRT KLCC ditutup sementara waktu dan penumpang hanya dibenarkan keluar daripada stesen itu pada petang Khamis.
Pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi, Oktober lalu, atas kesalahan dadah, kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan.
Seorang lelaki disyaki mengalami gangguan mental dilaporkan menceroboh sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail, di sini, awal pagi Rabu.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan kompaun khas dengan kadar rata RM150 bagi tiga kesalahan selama enam bulan bermula esok, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.