Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 31, 2024 23:59 MYT
Disember 31, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 31 Disember 2024.
Sebaik memilih berjauhan dari radar dunia hiburan, penyanyi ternama Anita Sarawak nekad untuk tidak lagi aktif dalam pertunjukan pentas termasuk menolak undangan mengadakan konsert bagi mengenang komposer Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan.
Bermula 1 Jan 2025, Malaysia akan menyaksikan pelaksanaan beberapa perkembangan penting yang memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada kehidupan peribadi dan negara.
Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan pelantikan bekas pemain Kanada, Rob Douglas Friend sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan kebangsaan, sekali gus peneraju utama dalam struktur organisasi baharu bagi revolusi skuad Harimau Malaya.
Permohonan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar mendapatkan pasport antarabangsa sementara bagi menunaikan umrah, diluluskan.
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengarahkan blogger kontroversi Wan Muhammad Azri Wan Deris atau 'Papagomo' menurunkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Kerajaan bersetuju dengan pelantikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (ST) yang baharu berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Sultan Selangor menzahirkan harapan agar semua pihak berhenti bertelagah, khususnya dalam kalangan pemimpin, komuniti perniagaan, dan penjawat awam yang tamakkan kuasa dan kemewahan.
Kerajaan negeri Perlis mengisytiharkan 1 Januari 2025 sebagai cuti peristiwa sempena sambutan Tahun Baharu 2025 dan tarikh 1 Rejab yang penuh keberkatan.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan memberi tumpuan kepada usaha untuk memastikan pembangunan mampan dan menangani isu yang dihadapi oleh kumpulan terpinggir, bertepatan dengan tema "Keterangkuman dan Kelestarian".
Global Peace Mission (GPM) Malaysia melancarkan kempen Rayuan Bantuan Kecemasan Musim Sejuk bagi mengumpul dana membantu mangsa konflik perang di Syria dan Gaza yang terjejas dengan cuaca sejuk melampau.