Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 30, 2024 00:00 MYT
Disember 30, 2024 00:00 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Disember 2024.
Insiden ini bukan sahaja melumpuhkan pergerakan penduduk setempat, tetapi juga meningkatkan risiko keselamatan di kawasan berkenaan.
Maybank akan menjalankan penyelenggaraan sistem utama pada 31 Disember 2024 dari jam 11.30 malam hingga 11.59 malam.
Pasukan sukarelawan daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh telah digerakkan bagi menghulurkan bantuan kepada penduduk di Taman Seri Alam.
Bekas pendakwah selebriti Azman Syah Alias dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, terhadap satu lagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja lelaki 17 tahun, tujuh tahun lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rangkaian lawatan rasmi ke luar negara serta kunjungan pembesar dunia ke Malaysia sepanjang tahun ini telah memperkukuh hubungan dengan negara-negara sahabat, melonjak pelaburan dan eksport serta menjulang negara di persada dunia.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan Op Mengejut Puspakom serentak di seluruh negara bermula 9.30 pagi Isnin melibatkan 350 pegawai dan anggota bagi memastikan setiap kenderaan diperiksa di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mematuhi standard yang ditetapkan.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pentingnya memperkukuh dan memperluas kerjasama antara Malaysia dan China ke sektor baharu termasuk tenaga, sains dan teknologi hijau yang meraikan "jubli emas" hubungan diplomatik pada tahun ini.
Seorang aktivis didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen kerana mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, tiga tahun lepas.
Perkara itu disahkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun sekali gus menafikan dakwaan Borneo Komrad bahawa aktivis tersebut ditahan reman.
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu beransur pulih dengan pengurangan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS), manakala Johor kembali dilanda bencana alam itu akibat hujan lebat petang Isnin.