Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 29, 2024 23:59 MYT
Disember 29, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.
Datuk Muhammad Nizar menegaskan tiada mana-mana pihak yang pernah menafikan kewujudan titah berkenaan.
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan banjir membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.
Brownhill berkata dia hanya memiliki kewarganegaraan England dan tiada kaitan dengan Malaysia.
Kedutaan Besar Malaysia di Seoul mengesahkan tiada rakyat Malaysia berada di dalam pesawat Jeju Air 7C2216 yang terlibat nahas pagi tadi.
Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Korea Selatan dan Thailand yang sedang berduka susulan tragedi yang menimpa pesawat Jeju Air 7C2216 pagi Ahad.
Tatkala beberapa nama besar disebut-sebut untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), seorang tokoh korporat turut menyuarakan hasrat untuk bersaing dalam kongres pemilihan pada 15 Feb depan.
Polis Daerah Wangsa Maju mengesahkan menerima satu laporan berhubung video tular sekumpulan individu yang didakwa melakukan aktiviti mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota pada Sabtu.
PELAKON Fauziah Ahmad Daud akui tidak kuat untuk menonton kembali filem Hati Batu lakonannya bersama arwah adik lelaki, Fazal Ahmad Daud.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh digesa untuk menarik balik kenyataannya yang mempertikaikan pengampunan diraja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) mengakui terdapat kelewatan kemasukan sebahagian pesakit ke wad di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada Jumaat lepas dan menyesali situasi itu.