Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 25, 2024 23:59 MYT
Disember 25, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Disember 2024.
Hamzah menekankan MAHB merupakan aset strategik negara yang penting dan perlu kekal sebagai syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.
Walaupun perkara itu sudah lama berlalu tetapi kenangan itu masih segar di fikirannya.
Polis akan menempatkan kira-kira 40 pegawai dan anggota di Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang), di sini bagi mengawal keselamatan dan kelancaran proses hukuman sebat ke atas seorang tukang rumah, Jumaat ini.
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri yang mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat sini, malam Selasa.
Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menafikan dakwaan bahawa kemasukan pelajar ke universiti awam menggunakan ‘pintu belakang’, sekali gus menafikan hak para pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Kerajaan MADANI akan memberikan kerjasama penuh sekiranya usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 membuahkan hasil.
Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala harga RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.22 kepada RM3.25 seliter bagi tempoh 26 Dis hingga 1 Jan 2025.
Tindakan seorang lelaki yang melarikan diri ketika ditahan polis di Jalan Persiaran Pinggiran Putra, Seri Kembangan mengundang padah apabila diberkas pada Selasa.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Afandi Hamzah, menganggap keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung keahlian KAFA sebagai mengelirukan dan mengecewakan.