Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 24, 2024 23:59 MYT
Disember 24, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Nahas yang mengorbankan tujuh individu manakala 33 lagi cedera di KM 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara malam tadi berpunca daripada tayar sebuah lori yang tercabut dan berada di lorong tengah lebuh raya berkenaan.
Seorang wanita tidak menyangka keceriaan abang dan kakak iparnya yang menyambut serentak ulang tahun kelahiran anak merupakan kenangan terakhir mereka bersama sebelum pasangan itu terkorban dalam kemalangan malam tadi.
Syed Saddiq bersama tiga yang lain selaku pemohon sebelum ini memfailkan permohonan dengan menamakan Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama dan kedua.
Mereka ditahan secara berasingan di enam negeri kerana disyaki memiliki bahan pornografi dewasa dan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) dalam talian.
Beberapa media Indonesia memetik Teddy sebagai berkata Presidennya berada dalam keadaan sihat.
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengarah hospital disaran melakukan pemantauan berterusan terhadap setiap ketua unit di hospital masing-masing, terutamanya apabila terdapat aduan mengenai masalah penyeliaan yang berlaku di antara doktor pakar dan doktor pelatih.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menukar nama Pejabat Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Sultan Pahang kepada Majlis Kesultanan Pahang berkuat kuasa mulai 1 Jan ini.
Nahas jalan raya yang mengorbankan lima sekeluarga serta dua yang lain di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara Ayer Keroh pada Isnin, nyata menggemparkan ketika negara sedang memasuki musim perayaan Krismas dan Tahun Baharu.