Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 23, 2024 23:59 MYT
Disember 23, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Terpaksa makan ikan mentah dan minum air laut antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan dua sahabat, Muhammad Ikmal Hakimi Ismail dan Nor Hasrul Abdullah, yang hanyut di laut selama enam hari.
Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman fitnah yang difailkan oleh Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berhubung ucapannya dalam satu forum di Universiti Teknologi MARA (UiTM) empat tahun lepas.
3. Bengang konsert batal saat akhir, netizen 'korek' keputusan percubaan SPM penganjur One Love Music
Isu pembatalan Konsert One Love Music Festival yang dilakukan pada saat akhir masih hangat diperkatakan di media sosial.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai sebutan semula kes pembunuhan kejam seorang guru, Istiqomah Ahmad Rozi pada Disember tahun lalu.
Pusat Komunikasi Korporat UM memaklumkan, tindakan itu dilakukan di bawah Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesen di bawah Lembaga Tabung Haji tidak dibenarkan mempromosikan pakej visa mujamalah atau furada.
PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia seperti yang tular di media sosial.
10. GV: 'Niat kami bukan untuk memalukan' - Syafinaz Selamat jelaskan tugas juri menilai, beri input
JURI tetap Gegar Vaganza 11, Datuk Syafinaz Selamat tidak menganggap komen diberikan kepada setiap bintang yang bertanding bertujuan untuk memalukan mereka.