Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 22, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Disember 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Disember 2024.
1. 18 anggota polis ditahan atas dakwaan peras ugut warga Malaysia di konsert DWP Jakarta
Polis Indonesia menahan 18 anggota yang disyaki memeras ugut warga Malaysia semasa menghadiri konsert Djakarta Warehouse Project (DWP) di Kemayoran, Jakarta Utara.
2. Noorkhiriah tawar bantuan untuk individu berdepan masalah melibatkan jenazah ‘ditahan’
Pelakon Noorkhiriah menawarkan bantuan untuk mana-mana individu yang berdepan masalah menguruskan jenazah menerusi Pertubuhan Amal Nur By Khiriah yang ditubuhkan olehnya.
3. Jojo mahu tuntut bela kekalahan abang di tangan Estupinan
Muhammad Johan Ghazali Zulfikar yang mesra disapa Jojo akan bertemu dengan Johan Estupinan dalam pertarungan flyweight di ONE 170 di Impact Arena, Bangkok Thailand pada 24 Januari ini.
4. Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis
Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kematian dua ekor kucing di Universiti Malaya (UM) mendapati binatang itu diserang sekumpulan anjing liar.
5. Bantuan Awal Persekolahan diperluas kepada pelajar Tingkatan Enam
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.
6. Dua lelaki hilang ketika pukat ikan di Pulau Pinang ditemui selamat di perairan Indonesia
Dua lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka hanyut di perairan Kuala Sungai Pinang, Pulau Pinang Selasa lalu, ditemui selamat di perairan Acheh, Indonesia.
7. KKM tidak pandang enteng lebih 6,000 doktor letak jawatan sepanjang lima tahun - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) tidak memandang enteng lebih 6,000 doktor yang meletak jawatan sepanjang lima tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
8. Ratu cantik Malaysia dinobat Miss Charm 2024, tewaskan peserta Australia, Vietnam
RATU cantik Malaysia, Rashmita Rasindran menepati ramalan apabila dinobat sebagai pemilik mahkota baharu pertandingan ratu cantik Miss Charm 2024.
9. Thailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkalan haram di sempadan
Thailand menghormati keputusan pihak berkuasa Malaysia menutup pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
10. Kerajaan Perpaduan boleh menang PRU, jika utamakan kesetiaan
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti komponen akan memberi komitmen sepenuhnya bersama Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya itu.
#berita tempatan #berita pilihan #Berita AWANI #berita dalam negara
;