Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 21, 2024 23:58 MYT
Disember 21, 2024 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Disember 2024.
Kerajaan mengumumkan pengecualian tol untuk kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sempena sambutan Hari Krismas 2024.
Pihak pengurusan amat prihatin terhadap perkembangan membabitkan kematian ngeri beberapa ekor kucing sekitar kampus.
Kenyataan KPT menyusul susulan laporan kes gangguan seksual yang didakwa melibatkan seorang profesor di Universiti Malaya (UM).
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah membuat satu laporan polis berhubung insiden pergaduhan yang melibatkan sekumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, Laluan Ampang-Sri Petaling, Jumaat malam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju jika aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza ditangkap atau didakwa susulan mengeluarkan poster yang dipercayai memperlekehkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Kerajaan bersetuju meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) dan penerima pencen terbitan yang telah menikmati PKKP dalam usaha menjaga kebajikan golongan itu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa penyelesaian secara baik akan diambil bagi menangani isu antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan syarikat minyak dan gas milik Sarawak, Petroleum Sarawak Bhd (Petros).
MyCC) akan menumpukan tindakan terhadap mana-mana perusahaan, tanpa mengira besar atau kecil, yang menunjukkan perilaku atau elemen kartel, selain tindakan tegas terhadap persatuan yang menggalakkan perbuatan itu.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan pensyarah yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang penuntut Universiti Malaya (UM) baru-baru ini sudah membuah laporan polis dan siasatan sedang djalankan.
Pihak polis dinasihatkan tidak terburu-buru membuat kenyataan berhubung kes kematian ngeri beberapa kucing di Universiti Malaya adalah disebabkan serangan anjing liar.