Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 19, 2024 23:59 MYT
Disember 19, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 19 Disember 2024.
Hakim K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu.
Pelakon Lan Zailan disahkan meninggal dunia akibat kanser kira-kira pukul 4.21 pagi Khamis di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Lanjutan sehingga Ahad itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting.
Muhammad Azri Wan Deris didakwa memfitnah serta mengaibkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, baru-baru ini.
SPRM sudah menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan berhubung pelaksanaan kontrak projek 1BestariNet.
Muhammad 'Athoullah As'aari, 39, dan isterinya, Ummu Habibah Raihan,41, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah.
Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengakui pelik dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan jurulatih baharu ketika skuad negara masih mengharungi kejohanan Piala ASEAN.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pemohonan maaf daripada pihak penaja Lee Zii Jia, Victor berhubung isu Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain itu sudah memadai dan enggan memanjangkan isu berkenaan.
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan" pada 20 Feb lepas.
Polis merekod keterangan aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza untuk siasatan karikatur serta kenyataan berbaur memperlekehkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.