Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 17, 2024 23:59 MYT
Disember 17, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Disember 2024.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyerahkan Surat Cara Pelantikan kepada Tan Sri Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11, hari ini.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan lonjakan trafik sebanyak 14 peratus, dengan jumlah kenderaan mencecah 2.12 juta sehari berbanding 1.85 juta pada hari biasa, sepanjang cuti perayaan Krismas dan hujung tahun dari 20 Dis ini hingga 2 Jan depan.
Seramai 21 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas tujuh unit rumah teres musnah dalam kebakaran di Ladang Hong Seng, di sini semalam.
Dia mengaku bersalah di atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki bawah umur, dua tahun lalu.
Konsep dan pengkelasan T15 yang dipersetujui akan diguna pakai bagi pemberian bantuan dan subsidi kerajaan.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan bahawa Dr Mahathir ada membangkitkan perkara tersebut semasa mesyuarat Kabinet.
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Polis telah mengambil keterangan tiga individu berhubung satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dengan seorang wanita, yang kononnya akan berlangsung pada April tahun depan.
Kerajaan akan mengambil kira kawasan yang selamat dan tinggi bagi pembinaan sekolah baharu pada masa hadapan sebagai langkah memastikan bangunan sekolah kekal kondusif dan selamat, khususnya dalam menghadapi bencana banjir.
Gandingan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merampas kedudukan selaku beregu lelaki nombor satu Malaysia yang sebelum ini milik juara dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik.