Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 14, 2024 23:59 MYT
Disember 14, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah, tegas Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO ,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia ketika beraksi dalam Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) di China pada Rabu lalu dianggap sebagai kesilapan ketara.
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau dinasihatkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor sehingga akhir penggalnya.
Kerajaan dijangka memuktamadkan kadar pencen di bawah Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi golongan pesara dalam masa terdekat, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.