Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 11, 2024 23:58 MYT
Disember 11, 2024 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
BEP SME Bank berjaya menarik penyertaan 83 syarikat dan menjana lebih RM192 juta jumlah jualan eksport keseluruhan ke pasaran global utama.
Tahap kebersihan diri dan keadaan logistik yang kurang memberangsangkan menjadi punca penularan penyakit berjangkit dalam kalangan mangsa.
MBSA menjelaskan penjualan daging babi tidak boleh dilakukan di kawasan terbuka terutama di kawasan pasar malam.
Pemain sensasi Selangor FC, Faisal Halim dianugerahkan bintang kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S).
Hakim ketika membacakan penghakiman berkata bahawa pampasan RM10 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Zuraida adalah tidak munasabah.
Hospital Bersalin Razif menafikan pihaknya cuai dan melakukan penganiayaan dengan menyimpan jenazah seorang bayi lelaki serta dengan sengaja melengahkan urusan pengebumian.
Lima pegawai dan anggota daripada Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, selepas menolak sogokan semasa penugasan Op Taring Wawasan di Kelantan pada Isnin lepas.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjaya menurunkan peratusan pinjaman tidak berbayar (NPL) daripada dua digit kepada satu digit hasil tindakan susulan yang diambil terhadap peminjam daripada senarai ingkar.
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) telah memulakan siasatan terhadap dakwaan hospital swasta menahan selama dua minggu jenazah bayi hanya kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat seorang lelaki yang disumbat dalam bagasi sebelum dipercayai dicampak di Taman CP6, Cheras Perdana, di sini pada Selasa mendapati keadaan anggota badan mangsa sempurna.