Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 10, 2024 23:59 MYT
Disember 10, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Siasatan awal polis mendapati tiada unsur penderaan dalam kes kematian bayi lelaki berusia enam bulan ketika dalam jagaan pengasuhnya pada pagi Isnin.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepaskan dan dibebaskan (DAA) oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, berhubung satu kes menghasut yang menyentuh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu ceramah politik Julai tahun lalu.
Polis mengesahkan mayat reput yang ditemukan di laluan susur keluar Rawang Bypass, di sini merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun.
Beliau mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 1MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
Muhammad Hariez Farhan Masrudin didakwa di Mahkamah Majistret Kluang hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya di sebuah rumah di Felda Ayer Hitam, minggu lepas.
Tun Dr Mahathir Mohamad sedia memberi kerjasama jika siasatan jenayah terhadapnya mahu dimulakan susulan syor daripada Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana keputusan untuk menggantikan firma itu dibuat sendiri oleh Lembaga Pengarah 1MDB.
Malaysia berjaya merekodkan jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bernilai RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) memaklumkan tidak berlaku kenaikan yuran Taman Bimbingan Kanak-Kanak (tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) kendalian jabatan itu bagi sesi persekolahan tahun depan.