Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 9, 2024 23:59 MYT
Disember 9, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat tahap buruk dan waspada di tujuh negeri termasuk di Pantai Timur yang diramal berlaku hingga Rabu ini.
Kenaikan gaji minimum pada tahun hadapan dijangka memberi rangsangan kepada sektor pengguna tempatan.
Demi membantu mencari dana bagi menyiapkan Masjid Klebang Putra di sini, kira-kira 500 penunggang motosikal bersatu dalam program Ride 2 Juta yang dianjurkan pada Sabtu.
Najib membuat kenyataan berkenaan sebagai merujuk bukti yang dipohon dari Mahkamah Eastern District New York melalui permohonan sepina terhadap Pengarah Urusan Goldman Sachs, Tim Leissner.
Seorang peniaga dihukum penjara 10 tahun kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin sehingga koma, tiga tahun lalu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata sesi merakam percakapan semua individu berkenaan telah selesai pada Sabtu lepas.
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, pernah berbicara dengannya mengenai layanan seksual yang diinginkan oleh pendakwah itu.
PELAKON dan penyanyi, Fattah Amin, mengesahkan sudah menerima notis tuntutan (LOD) daripada bekas isterinya, Nur Fazura berhubung kenyataan di mahkamah membabitkan isu kenderaan.
Personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang daripada Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.
Mahkamah Rayuan telah menetapkan 6 Jan depan untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan bekas Perdana Menteri itu untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan Titah Adendum.