Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 8, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Disember 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Disember 2024.
1. Selepas 60 tahun berlakon, ini kali pertama A Galak terima anugerah
Hati kecil sesiapa sahaja yang menonton Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM33) malam tadi pasti akan terusik apabila mendengar kenyataan jujur yang keluar dari mulut pelakon veteran A Galak.
2. Anak pengasuh ditahan, dipercayai liwat kanak-kanak lelaki 4 tahun
Polis menahan anak pengasuh berusia 23 tahun yang dipercayai meliwat seorang kanak-kanak asuhan ibunya yang berusia empat tahun di Taman Perindustrian Tampoi Jaya di sini, pada Sabtu.
3. Penyanyi Aspalela Abdullah meninggal dunia
Penyanyi veteran, Aspalela Abdulah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sekitar pukul 10 pagi tadi.
4. RCI berkaitan Batu Puteh bagi fahami fakta di sebalik keputusan tidak teruskan semakan
Siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, dilakukan bagi memahami fakta di sebalik keputusan tidak meneruskan semakan dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kes itu.
5. Empat individu termasuk dua rakyat Malaysia ditahan seberang Sungai Golok secara haram
Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan selepas disyaki menyeberang sempadan Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok, semalam.
6. Malaysia pantau rapat situasi di Syria, utamakan keselamatan rakyat
Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.
7. PGA Senoi Praaq kawal Sungai Golok 1 Januari ini
Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq akan memulakan tugas mengawal Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Rantau Panjang di sini bermula 1 Januari ini.
8. Isu buli: 'Roll call' lebih kerap, tambah CCTV di ALK UPNM - Khaled Nordin
Langkah keselamatan bagi kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan ditingkatkan, termasuk melakukan panggilan nama atau 'roll call' secara lebih kerap, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
9. Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Putrajaya Abdul Manaf Che Isa berkata dua jentera berserta 13 anggota digegaskan ke lokasi bagi membuat pemantauan selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.44 petang.
10. Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI
;