Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 6, 2024 23:59 MYT
Disember 6, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengampunan Datuk Seri Najib Razak.
Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin untuk menyemak semula pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Satu kejadian berlaku ke atas seorang peniaga, Salahuddien Ayob, 49 tahun, dari Bandar Baru Jelawat di Bachok semalam, yang digigit ular jenis kadut belang pada hampir waktu Maghrib.
Pendakwah selebriti itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki, dua tahun lepas.
Tegasnya, menjaga kedaulatan negara seharusnya menjadi keutamaan dan semua pihak diminta menghormati proses undang-undang yang akan berlaku.
Tertuduh Mariyah Yaakob dan Ezuan Hafsham Mohd Hisyam membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Azaraorni Abd Rahman.
Anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Nazifuddin Najib mempersoal mengapa perlu menyembunyikan kebenaran berkaitan titah adendum.
Perintah reman sehingga 9 Disember ke atas suspek yang berusia 40 hingga 50-an itu dikeluarkan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan di Mahkamah Majistret Kuching, pada Khamis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata dalam pindaan ini, kesalahan di bawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Di Terengganu hanya lima orang daripada satu keluarga masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Rhu Sepuluh, Setiu, berbanding 1,052 orang yang direkodkan pada sebelah pagi.