Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 5, 2024 23:59 MYT
Disember 5, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Disember 2024.
Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di Kuala Lumpur, atas pertuduhan pecah amanah pelaburan Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad bernilai RM8 juta, enam tahun lalu.
Suami kepada bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dihadapkan di Mahkamah Majistret di Kuantan hari ini atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya dan menggunakan dadah.
Pelakon Lan Zailan yang mula dikenali menerusi filem 'Suami, Isteri dan.....?' disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat.
Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim diarah keluar Dewan Rakyat dan digantung 10 hari bermula hari ini kerana mengeluarkan dakwaan negatif terhadap Speaker, Tan Sri Johari Abdul menerusi aplikasi TikTok 18 Julai lalu.
Seramai 20 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas selepas bas dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di Kilometer 427.1 Lebuhraya Utara Selatan di Hulu Selangor pada Rabu.
Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan beberapa salinan dokumen termasuk kad pengenalan lama miliknya, isteri dan empat anaknya berserta surat beranak asal bagi membuktikan nama sebenarnya.
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Najib berhujah bahawa dakwaan terhadapnya hanya berdasarkan kehadiran Jho Low di kediamannya dan hubungan mereka dikatakan rapat yang disensasikan.
Hakim Rosli Ahmad menetapkan 9 hingga 11 April, 14 dan 15 April serta 5 dan 6 Mei 2025 untuk perbicaraan kes itu.
Seramai 13 pelajar kolej didakwa secara bersama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat, 17, di bilik asrama Kolej Vokasional Lahad Datu Mac lalu.