Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 3, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Disember 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Disember 2024.
1. Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Seri Paduka Baginda dalam titah sulung selaku Canselor UPNM meminta semua pihak untuk berusaha menamatkan budaya tidak sihat itu dan mengembalikan semula nama baik universiti berkenaan.
2. Suami Zahnita Wilson direman kes keganasan rumah tangga
Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan kira-kira jam 8.30 pagi dan selesai reman setengah jam kemudian.
3. Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri ujian lisan SPM - Fadhlina
Pelajar yang tidak dapat menghadiri Ujian Lisan Bahasa Melayu, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam akibat banjir diberi kelonggaran untuk mengambil peperiksaan itu hingga Khamis ini.
4. Kes polis didakwa bunuh pelajar: 'Abah sakit... abah sakit! Mata tak nampak - Bapa
Bapa pelajar Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 56, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa anaknya meronta-ronta kesakitan dan mendengar mangsa bercakap "Abah sakit... Abah sakit! Mata tak nampak...", selepas perlanggaran yang berlaku pada 15 Dis tahun lepas.
5. Najib nafi terlibat dalam transisi TIA ke 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak pernah mengadakan perbincangan dengan ahli perniagaan buruan Low Taek Jho (lebih dikenali sebagai Jho Low) atau bekas Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengenai transisi Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA) kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
6. 'Saya tidak tahu mengenai wang RM300,000 kononnya diserahkan kepada pegawai saya' - Masidi
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan tidak tahu menahu mengenai wang sebanyak RM300,000 yang didakwa diserahkan melalui pegawai khas beliau untuk kegunaan parti politik.
7. Bank perlu bayar semula kepada mangsa 'scam' jika cuai - PM
Malaysia perlu mencontohi United Kingdom (UK) yang memperkenalkan undang-undang lebih ketat ke atas pihak bank bagi memastikan pemilik akaun dilindungi daripada jenayah penipuan kewangan.
8. Hujan lebat berterusan, air pasang besar punca Kelantan, Terengganu banjir teruk - Fadillah
Banjir besar yang berlaku di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu ketika ini berpunca daripada hujan lebat luar biasa yang berterusan.
9. Vivy Yusof dan suami akan didakwa atas pecah amanah Khamis ini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat pertuduhan ke atas pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar pada Khamis.
10. Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2025
Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara.
#berita pilihan #tempatan #1MDB #air pasang besar
;