Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 28, 2024 23:59 MYT
November 28, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 November 2024.
Seorang pesara kerajaan termasuk tiga pasangan suami isteri dan dua lelaki yang dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham antara lapan individu ditahan pihak berkuasa dalam satu operasi bersepadu di Melaka, awal pagi tadi.
Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam meninggal dunia, di usia 86 tahun, pada Khamis.
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid supaya pasportnya dikembalikan kepadanya secara kekal.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melengkapkan siasatan kes membabitkan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Banjir yang sedang melanda Kelantan dan Terengganu dijangka lebih buruk berbanding bencana tahun 2014.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan program beliau di Tasik Kenyir, Terengganu, yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini, untuk memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat yang berdepan bencana banjir.
Dua negeri di Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan mencatatkan peningkatan mendadak mangsa banjir pada petang ini, berbanding yang direkodkan pada pagi tadi.
Malaysia dilihat oleh negara luar sebagai antara negara paling aman dengan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan di rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menyekat mana-mana permohonan dana bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI), kata Menterinya Nga Kor Ming.
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.