Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 27, 2024 23:58 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 November 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 November 2024.
1. Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Lima Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam tiga kes buli diambil tindakan oleh Kementerian Pertahanan.
2. Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menjelaskan, permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan serius yang berlaku di negara ini melibatkan pelancong kedua-dua negara itu.
3. Kes IPIC: Najib, Mohd Irwan lepas tanpa bebas pertuduhan pecah amanah RM6.6 bilion
Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah daripada enam pertuduhan pecah amanah melibatkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 billion.
4. Satu representasi PU Azman ditolak, hafal satu juzuk al-Quran di penjara
Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak satu daripada dua representasi yang dikemukakan oleh penceramah selebriti, Azman Syah Alias atau PU Azman berkaitan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Seremban.
5. Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama untuk pelanggaran hak cipta
Syarikat penyiaran terkemuka Malaysia, Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, mencatat sejarah menerima ganti rugi berkanun pertamanya bagi satu kes pelanggaran hak cipta membabitkan sebuah pub tempatan, sekali gus menetapkan tanda aras baharu dalam hal ehwal penguatkuasaan harta intelek di negara ini.
6. Satu lagi kes mpox dikesan di Malaysia - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes baharu jangkitan cacar monyet atau mpox varian clade II pada 25 Nov lepas, membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun.
7. Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 28 Nov hingga 4 Dis ini.
8. Anak penyanyi, rakan didakwa curi Ferrari milik ahli perniagaan wanita
Anak penyanyi sebuah kumpulan terkenal era 90-an dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang atas pertuduhan mencuri sebuah kereta mewah milik seorang ahli perniagaan wanita, dua minggu lepas.
9. Banjir ragut dua nyawa, mangsa bah di Kelantan, Terengganu naik mendadak
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu terus memburuk dengan jumlah mangsa banjir dipindahkan ke pusat permindahan sementara (PPS) meningkat mendadak, selain telah meragut dua nyawa.
10. 91.6 peratus kandungan Facebook diturunkan berkaitan judi, penipuan - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 172,072 kandungan yang diturunkan melibatkan judi dalam talian manakala 56,136 adalah berkaitan penipuan.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI
;