Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 25, 2024 23:59 MYT
November 25, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Upacara pengebumian itu dihadiri lebih 100 ahli keluarga, kenalan rapat dan rakan selebriti yang memberikan penghormatan terakhir kepada legenda muzik tempatan itu.
Siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim telah diambil alih pasukan khas Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Mangsa, yang menunggang motosikal jenis Honda C1004-MA, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.
Mahkamah turut membenarkan permohonan oleh pemohon untuk membatalkan notis penyitaan atas alasan rampasan itu dibuat tanpa waran dan ia tidak sah.
Langkah ini penting bagi mengelakkan individu yang kurang memahami ilmu tersebut atau belajar daripada guru yang tidak berkelayakan menyebarkan fahaman yang tidak tepat kepada masyarakat.
Perbincangan sedang dilakukan bersama waris untuk menempatkan pelajar di asrama bersesuaian sebagai langkah menjamin keselamatan dan memastikan pendidikan berterusan kepada mereka.
Johor menjadi negeri terbaharu memfatwakan ajaran, pegangan dan fahaman GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sebagai sesat selaras ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.
Tiada sebarang keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam urusan rundingan membentuk jajaran baharu Kerajaan Perpaduan seperti mana didakwa Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.