Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 23, 2024 23:56 MYT
November 23, 2024 23:56 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Seorang pengarah syarikat mengalami kerugian lebih RM1 juta setelah ditipu individu yang menyamar sebagai 'Inspektor Harun.'
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih tiket ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024 meskipun terkandas pada pusingan suku akhir Masters China 2024 di Shenzhen, semalam.
Perikatan Nasional (PN) mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan di mana-mana peringkat untuk pilihan raya umum akan datang.
Setakat ini polis sudah mengambil keterangan 23 individu serta menahan tiga suspek bagi membantu siasatan.
Beliau berkata pengiktirafan ini juga membuktikan UPSI antara institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyokong pembangunan serta kemajuan bidang seni di negara ini.
Beliau berkata kerajaan akan terus memfokuskan kepada agenda pembangunan negara, memperkukuh ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat.
Presiden Pertubuhan Kebajikan Industri Bas Sekolah Malaysia (BSM), Mohd Haron Mohamad Sidik berkata, kenaikan dijangka antara 25 hingga 30 peratus didorong kos alat ganti dan kenaikan gaji minimum serta persaingan disebabkan gangguan dari kenderaan haram sekolah yang semakin berleluasa.
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan gergasi teknologi global itu membuat pelaburan sebanyak AS$2 bilion di negara ini.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung tindakan seorang pensyarah didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini.