Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 19, 2024 23:59 MYT
November 19, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi berita gembira bahawa baginda kini kembali bergelar mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
JAWATANKUASA Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menjatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada selepas insiden di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 10 November lalu.
Tidak ada keperluan bagi Peguam Negara mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyemak semula, memberhentikan atau menarik balik pendakwaan terhadap Allahyarham Tun Daim Zainuddin.
Seorang pelajar perempuan tingkatan dua maut selepas terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di sini, pada petang Isnin.
Hasil saringan kesihatan terhadap 266 kanak-kanak yang diselamatkan daripada GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Selangor mendapati 26.8 peratus mempunyai masalah bantut.
Hakim Leong Wai Hong membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Rosmah supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes saman berkenaan.
Penyertaan Malaysia dalam pelbagai persidangan dan lawatan rasmi menunjukkan betapa pentingnya pandangan negara dalam membentuk hubungan antarabangsa.
Mayat seorang wanita yang hilang dihanyutkan arus semasa mandi-manda bersama ahli keluarganya di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Setang, Kampung Kerunai di Gerik pada petang Ahad ditemui hari ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah bernilai lebih AS$346 juta, yang didakwa diperoleh daripada penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).