Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 17, 2024 23:57 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 17 November 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 17 November 2024.
1. Malaysia tiada keperluan keluarkan peta baharu - Mohamed Khaled
Malaysia tidak mempunyai keperluan untuk mengeluarkan peta baharu sempadan maritim dan akan terus mempertahankan kawasan perairan demi kedaulatan negara.
2. Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.
3. Jun Hao naib juara Masters Kumamoto
Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao terpaksa akur tewas kepada pemain China, Li Shi Feng dalam perlawanan akhir Masters Kumamoto di Jepun pada Ahad.
4. Pemandu maut, treler rempuh treler diparkir tepi jalan
Seorang pemandu maut apabila treler yang dipandunya hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah treler lain yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer 47, Jalan Ipoh -Lumut, dekat Bota, malam tadi.
5. Pengawal keselamatan ditahan, kes surat palsu guna nama TPM
Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang dikesan dihantar kepada individu di Sarawak.
6. 'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Bakat ‘maestro’ industri hiburan tanah air, Allahyarham Datuk Hashim Said yang lebih dikenali sebagai S. Atan begitu gah, hingga dicemburui seorang lagi ‘maestro’, iaitu Datuk M. Nasir.
7. SPRM rakam keterangan lima ADUN Sabah susulan dakwaan skandal rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah merakam keterangan lima Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah susulan dakwaan skandal rasuah berdasarkan klip video memaparkan perbualan mereka yang disebarkan di sebuah portal berita.
8. Semenanjung Malaysia semakin kehabisan sumber minyak, gas
Sumber minyak dan gas di Semenanjung negara ketika ini semakin berkurangan kira-kira 50 peratus, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
9. SPRM tahan pemilik syarikat disyaki subahat tuntutan palsu RM10 juta
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an ditahan kira-kira jam 7 malam pada Sabtu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
10. KDN akan ambil tindakan pihak berlebihan main isu konon Anwar iktiraf Israel
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang dianggap sebagai berlebihan memainkan isu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mengiktiraf Israel.
#berita tempatan #Berita AWANI #berita pilihan #Astro Awani
;