Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 10, 2024 23:56 MYT
November 10, 2024 23:56 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 10 November 2024.
Seorang remaja perempuan terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Farlim, Bandar Baru Ayer Itam, di sini, dipercayai selepas berselisih faham dengan kekasihnya awal pagi Ahad.
Sebuah pusat hiburan disyaki menawarkan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing berbaju tidur seksi terbongkar dalam serbuan di Jalan Pudu, di sini, tengah malam tadi.
Selepas 18 tahun mencurahkan bakti dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, guru prasekolah Malaysia, Nurhayatul Nira Ramli telah diberi penghormatan dengan Anugerah Pendidikan Asia 2024 yang berprestij.
MyIPO menyarankan Kerajaan Negeri Terengganu atau entiti berkaitan supaya mendaftarkan produk makanan ikan celup tepung atau dikenali sebagai ICT sebagai harta intelek milik negeri berkenaan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik perlu menempuhi jalan berliku sebelum menjinakkan Jin Yong/Kim Won-ho dalam permainan tiga set di Iksan City yang berlarutan lebih sejam.
Seorang penuntut tahun satu universiti berkenaan cedera parah dengan keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak penuntut senior dalam kejadian pada 21 Oktober lalu.
Wartawan veteran dan bekas ahli politik Datuk Rosnah Abd Majid, 71, meninggal dunia di rumahnya di Teluk Bahang, Pulau Pinang, pada 9.30 pagi ini.
Pendirian ini dicapai dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Al-Ittihadiya di Kaherah.
Penyedia platform media sosial diberi tempoh sebulan untuk memberikan maklum balas berkaitan kod tatalaku, sebelum mewajibkan mereka berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tujuan pelesenan.