Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 8, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 November 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 November 2024.
1. Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Mahkamah Tinggi memerintahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin membayar RM1.35 juta sebagai ganti rugi kepada Lim Guan Eng kerana menfitnah Pengerusi DAP itu berhubung pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary.
2. Dua beranak maut ditikam: 'Suspek bukan kekasih mangsa' - Keluarga
Keluarga dua beranak yang maut di hadapan lif akibat ditikam seorang lelaki memohon orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai punca insiden bersebut.
3. Isu FashionValet: Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya hari ini, untuk direkod keterangan.
4. Pegawai kadet UPNM didakwa cederakan junior guna seterika wap panas
Seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas, bulan lepas.
5. 'Sempat berbual di telefon beberapa minit sebelum adik ditikam' - Kakak
Zulkifli Ibrahim dan anak perempuannya, Siti Zulaila maut selepas ditikam beberapa kali oleh seorang lelaki dengan menggunakan senjata tajam.
6. GV11: 'Saya bersedia dikritik Datuk Syafinaz' - Ning Baizura terbuka dikomen juri, rakan industri
PENYANYI Ning Baizura jujur menyatakan dia bersedia untuk dikritik hebat oleh rakan seangkatannya yang juga juri tetap Gegar Vaganza 11, Datuk Syafinaz Selamat.
7. Op Favish: Siasatan pasangan Vivy, suami dijangka ambil sedikit masa lagi - Azam Baki
SPRM masih di peringkat untuk mengumpul keterangan-keterangan daripada beberapa saksi termasuk pasangan itu.
8. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
9. GISB: Tiada halangan ibu bapa semak keberadaan kanak-kanak yang diselamatkan
Ibu bapa kepada kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) boleh bertanyakan keberadaan anak mereka menerusi semakan dengan pihak polis, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
10. Badminton Masters Korea: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan kemaraan ke separuh akhir kejohanan Masters Korea selepas mudah menewaskan wakil Korea Selatan pada suku akhir di Iksan City hari ini.
#berita pilihan #tempatan #seterika wap panas #FashionValet
;