Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 5, 2024 23:59 MYT
November 5, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
Penggunaan bunga api tanpa kebenaran dipercayai telah menyebabkan Dewan Arena Square, Jalan Raja di Teluk Intan terbakar, dua hari lepas.
Hanya kerana ditegur mengetuk tempat kad Touch n Go dengan kuat, seorang lelaki menghambur kata-kata kesat terhadap jurutol serta menendang dinding kaunter tol di plaza tol berhampiran Jalan Batu 9 di sini, pada Isnin.
Dua lelaki warga emas maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlanggar pembahagi lorong di Plaza Tol Sungai Besi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini menghala Seremban, awal pagi tadi.
Rayuan berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol seorang wanita pada 2019.
Rakaman adalah bagi membantu siasatan membabitkan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.
Semua suspek akan ditahan di Penjara Narathiwat selama 84 hari atau kira-kira tiga bulan sementara menunggu tarikh pendakwaan.
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin memfailkan saman terhadap seorang pemilik akaun Facebook atas dakwaan menerbitkan beberapa pernyataan fitnah yang mengaitkannya dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberi penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu hukuman tahanan di rumah pada Khamis ini di Dewan Rakyat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat' ketika kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.