Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 4, 2024 23:59 MYT
November 4, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Pelakon terkenal, Diana Danielle hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, bagi pendaftaran rujuk dan pemfailan permohonan perceraian terhadap suaminya, pelakon, Farid Kamil.
Malaysia akan membawa usul menghentikan kekejaman Israel terhadap Palestin pada Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam pada 11 November ini di Riyadh, Arab Saudi.
Beberapa dokumen kewangan telah diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kementerian Kewangan, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan FashionValet Sdn Bhd.
Seorang pelajar ditemukan meninggal dunia dalam asrama di sebuah kolej swasta di Chukai, pada Isnin.
Keenam-enam rakyat Malaysia yang disyaki memiliki dadah jenis pil kuda dihantar ke Penjara Narathiwat sebelum dibicarakan atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis pil kuda dan memasuki Thailand tanpa dokumen sah.
China dijangka terus menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia, lebih-lebih lagi dengan kematangan hubungan diplomatik kedua-dua negara yang sudah mencecah 50 tahun.
Rakyat Malaysia yang dilaporkan menjadi tentera upahan Ukraine dalam konflik membabitkan negara itu dengan Rusia disahkan sebagai Lee Bing Hang dan dipercayai masih hidup serta berada dalam keadaan selamat.
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa wang sebanyak AS$13 juta milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah digunakan untuk berjudi di kasino Las Vegas Sands LLC di Amerika Syarikat, 12 tahun lepas oleh dua 'pemain'.
Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin dan Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mempertahankan jawatan mereka sebagai Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.
Isu pelaburan yang merekodkan kerugian melibatkan FashionValet antara topik dibangkitkan di Dewan Rakyat pada Isnin.