Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 3, 2024 23:59 MYT
November 3, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 November 2024.
Keputusan itu dibuat sebulat suara selepas mempertimbangkan beberapa faktor termasuk hilang keyakinan terhadap kepimpinan tertinggi.
Polis menemui beberapa kotak yang mengandungi 216,000 biji pil Yaba, dengan anggaran berat melebihi 25 kilogram, dipercayai diseludup dari Thailand.
Tze Liang mengalami luka di kepala selepas terhantuk papan anjal ketika melakukan terjunan kedua.
Mahkamah Sesyen menangguhkan keputusan kes peniaga yang didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya sehingga koma tiga tahun lalu, ke tarikh 9 Disember ini.
Keluarga remaja yang maut akibat renjatan elektrik semasa mengecas telefon dalam sebuah bas ekspres pada Jumaat, reda dengan pemergian arwah.
Syarikat itu ialah Zeolite Mansford Sdn Bhd (Zeolite), Centrina United Sdn Bhd (Centrina), Gyntec Carbon Sdn Bhd (Gyntec), Moralability Industry Sdn Bhd (Moralability) dan Melix Global Sdn Bhd (Melix Global).
Ketua Polis Daerah Sungai Golok Kol. Pol. Jedsadavit Ingprapan berkata selain kesalahan memiliki dadah, mereka juga disiasat atas kesalahan memasuki Thailand tanpa dokumen sah.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata mayat lelaki berusia 61 tahun itu, ditemukan pada 9.53 malam dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah tersebut.
Menurut sumber SPRM kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an hingga 60-an itu ditahan sekitar 8.30 malam, ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk dirakamkan keterangan.
Jumlah Aduan Kekeluargaan: Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merekodkan 378,815 kes aduan kekeluargaan dari 2021 hingga 2023, dengan masalah akhlak atau sosial sebagai aduan tertinggi.