Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 30, 2024 23:59 MYT
Oktober 30, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Oktober 2024.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah diarahkan untuk membela diri terhadap empat tuduhan menyalahgunakan kedudukan berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), serta 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri Azura Md Yusof yang didakwa atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang memfailkan permohonan habeas corpus untuk dibebaskan serta-merta.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kekecewaan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memberitahu bahawa, sekiranya saksi-saksi memberi keterangan yang tidak berpihak kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mereka umpama menamatkan hayat diri sendiri.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut keputusan Mahkamah Tinggi pada Rabu.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Mahkamah Tinggi pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.
Kerajaan Kelantan hari ini melancarkan Projek 'Emas Untuk Palestin' khusus untuk golongan wanita di negeri itu mengumpulkan dana bagi membantu rakyat Palestin yang terus berdepan serangan dan penindasan rejim Israel.
Seorang pengurus Kafe Ikhwan milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Kluang didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi di sini, pada Rabu, atas empat pertuduhan memperdagangkan orang.
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.