Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 29, 2024 23:59 MYT
Oktober 29, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 29 Oktober 2024.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak untuk melihat tindakan penyasaran subsidi minyak RON95 yang bakal dilaksanakan pada pertengahan 2025 demi manfaat kepada 85 peratus golongan bawahan.
Duta Besar Jepun ke Malaysia, Katsuhiko Takahashi menyuarakan keyakinannya terhadap kemajuan Malaysia ke arah menjadi negara maju berpendapatan tinggi sambil menekankan beberapa bidang utama, dan pengalaman Jepun boleh membantu Malaysia menangani cabaran yang mendatang.
Kerajaan berpegang kepada prinsip pengambilalihan tanah tersebut adalah demi kepentingan rakyat, bukannya untuk keuntungan.
Khazanah Nasional Bhd dan pengurus aset Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjual pegangan kolektif mereka dalam platform e-dagang fesyen pertama di negara ini, Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet) pada harga hanya RM3.1 juta — kerugian besar daripada pelaburan asal RM47 juta mereka.
ADUN Gunung Semanggol Razman Zakaria dan ADUN Selinsing Sallehuddin Abdullah, bersama tiga lagi individu dari parti Pas dirakam percakapan semalam.
Bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di Ipoh, Perak sehingga kini masih dikategori sebagai misteri, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Laut ke-19 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyarankan kepada pengusaha bas ekspres agar membuat resolusi bagi memohon kerajaan agar menaikkan kuota subsidi diesel kepada 10,000 liter sebulan.
Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) berpotensi memacu Malaysia sebagai hab utama sektor air bagi negara-negara serantau.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggariskan dua cabaran utama apabila Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan, iaitu menjadi hab tenaga utama dan mewujudkan grid tenaga ASEAN.